iklan

Ahli-ahli Sindiketku....

Monday, December 6, 2010

Tahukah anda?? *juz 4 fun

 
 
1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan
 kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang
 mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada
 nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan
 menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
 
 
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu
 bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. 
Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter
 memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan 
semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter
 tersebut tidak dapat disiapkan.
 
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat
 memotong kereta yang dipandu 
selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah
 yang bertentangan
 
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar
 dikenali sebagai paparazzi. 
Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
 filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh 
Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula,
 ayah kepada seorang budak yang bernama 
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 
 
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun 
lampau, menjadikan bendera paling lama
 digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu 
cap bendera.
 
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar
 besi berani. Sebagaimana namanya magnet 
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik
 kereta bukanlah magnet.
 
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu,
 ia akan memutuskan ekornya supaya
 benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor 
sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
 
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh 
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
   
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
 telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa 
bantuan kompas. Ini kerana setiap 
sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 
 
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng 
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
 segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena 
tempeleng masih boleh memakan lempeng 
apabila dia berasa lapar.
   
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun 
disahkan masih aktif untuk meletup. 
Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan
 aktif jika tidak membayar bilnya selama
 tiga bulan.
   
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang 
ringgit, pangkat, kedudukan dan 
harta dunia ialah Orang Utan.
   
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam 
dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi 
ayam juga boleh digunakan sebagai ubat 
untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
 
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini 
telah mencuba untuk menyentuh telinga 
menggunakan siku? 

*jangan maraaa ekkkkk.... ^_^