iklan

Ahli-ahli Sindiketku....

Thursday, December 30, 2010

Kebetulan tanda kiamat??

Semalam aiE sempat menonton balik cerita 2012 sebelum Malaysia Vs Indonesia. Pastu ada 1 babak di mana punca yang menyebabkan bumi kucar kacir adalah kerana letupan api di matahari yang mengeluarkan radiasi tinggi..Terus aiE teringat, sebelum ni aiE ada baca tentang radiasi matahari yang baru ja berlaku. Gambar yang diambil oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat adalah bertarikh 8 September 2010, padahal filem 2012 dikeluarkan pada 13 November 2009!!


Gambar Matahari 8 September 2010

Poster Filem 2012 *klik untuk besarkan dan lihat tarikh.

Ni pula adalah petikan dari akhbar Kosmo! tentang radiasi matahari.

LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.
Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.
Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.
Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005.

2 suRat saMaN:

suria lekatlekit said...

wah.. menakutkan. penah juga terbaca tanda2 kiamat ni.. apapun setiap hari kita semakin hampir pd hr kiamat walau kita tak pasti bila

Bebudaksei said...

huhu... hebatnye...