iklan

Ahli-ahli Sindiketku....

Tuesday, December 14, 2010

Handphone yang paling kuat!!



Pengeluar barangan pembinaan dan kejuruteraan, JCB, mencipta telefon bimbit paling lasak di dunia dikenali sebagai JCB Toughphone Sitemaster, lapor sebuah akhbar semalam.
Syarikat berkenaan mendakwa gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama lapan jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.
Berbeza dengan telefon bimbit pintar iPhone keluaran Apple yang perlu dijaga rapi, ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak bangunan atau ladang.
Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video.
JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera.
Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram.
Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak.

3 suRat saMaN:

Unknown said...

design dia macam xlawa je

~thE aiE~ said...

yup..design kureng skit but ketahanan tu high level la..^_^

epaa chenta said...

wahh gile hebat.
bleh beli neh.
lasak lasak.

i likeee :D
buat handphone num dua.
jadik spare part pun okey neh