iklan

Ahli-ahli Sindiketku....

Monday, December 13, 2010

10 Rekod Tubuh Badan

Macam2 rekod ada dalam dunia yang luas ni. Tapi pernah kawan2 semua tengok rekod seperti yang akan aiE paparkan ni?? Meh kita tengok gambar satu persatu dan aiE akan bagi sedikit penerangan ..

1. Pinggang paling ramping.( Cathie Jung )


Ini adalah gambar sebenar. Bukan edit photoshop. Ukuran pinggang Cathie Jung cuma 15inci (38cm). Dia dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records pada tahun 2007.
Namanya hanya di masukkan sebagai Pemegang Rekod Pinggang Teramping sebagai orang yang masih hidup, bagaimanapun rekod sebenar adalah milik Ethel Granger(1959) yang mana ukuran pinggangnya hanya  13″inci!! 

2. Tangan Paling Besar (Lui Hua) jari tangan kirinya sepanjang 10.2 inci.


Seorang lelaki rakyat China, Lui Hua menderita penyakit yang jarang ditemui dan dikenali sebagai macrodactyly.
Semasa dimasukkan ke Hospital di Shanghai pada Julai 2007, ibu jari kirinya berukuran 10.2 incidan jari telunjuk kirinya pula hampir 12 inci. Pada 20 Julai 2007, pakar bedah mengambil masa selama 7 jam untuk memulihkan semula tangan Lui Hua. Doktor telah mengeluarkan hampir 11 paun daging dan tulang semasa pembedahan.
3. Lidah Wanita Terpanjang (Annika Irmler)  2.7 inci


Rekod ini dipegang oleh seorang pelajar dari Jerman. Tapi sekarang ni tak tau la plak..ngeeehe...

4.Kuku Terpanjang


Lee Redmond, wanita dari Utah(USA) yang mana tidak pernah potong kuku sejak 1979, kukunya telah tumbuh dan dijaga rapi sehingga panjang keseluruhannya mencecah 8.65 m (28 kaki 4.5 in), dan dicatatkan di dalam Guinness Book of World Records sebagai kuku terpanjang di dunia.
Bagaimanapun, malang bagi Lee Redmond kerana kehilangan kukunya itu dalam kemalangan kereta pada Februari 2009. 

5. Bulu Telinga Terpanjang (Radhakant Baijpai) hampir 10 inci panjang.


Lelaki dari India ini mempunyai matlamat dalam hidupnya iaitu untuk memegang rekod bulu telinga terpanjang. Lawak pulak aiE baca.ngeeehe..^_^.
Radhakant telah dimahkotakan sebagai pemegang Guinness world record sebagai bulu telinga terpanjang pada 2003. So ada sesiapa antara rakan2 blogger yang nak simpan bulu telinga? hehehe..^_^

6. Kaki Terpanjang ( Svetlana Pankratov ) melebihi 4 kaki panjang.


Wanita Rusia ini, mengikut kepada Guinness World Records, kakinya adalah terpanjang dari mana2 wanita di dunia.
Bagaimanapun dia bukan wanita tertinggi di dunia, panjang kakinya adalah 132 cm (4 kaki 4 in). Saiz atas pada tubuhnya adalah seperti wanita lain, ketinggiannya adalah 196 cm (6 kaki 5 in) . Saiz tapak kakinya juga panjang iaitu, saiz 13 (US) / 46 (EU), membuatkan sukar untuknya membeli kasut.

7. Hidung Paling Mancung (Mehmet Ozyure) 4.5 inci.


Mehmet Ozyurek, dilahirkan di Turki pada 1949, telah disahkan sebagai hidung termancung di dunia. Ukuran hidungnya 4.5 inci (8.8 cm) semasa diukur pada 06 Julai, 2007. Dia menetap di Artvin, Turki.

8. Jari Terbanyak  (Devendra Harne and Pranamya Menaria)


Pranamya Menaria dan Devendra Harne berkongsi Gelaran sebagai pemegang rekod jari tangan dan kaki terbanyak, kedua-duanya dari India dan keseluruhan 25 jari (12 jari tangan and 13 jari kaki).

9. Bulu Kening Terpanjang (Frank Ames) 3.7 Inci.

Frank Ames dari Saranac,New York mendapat tempat di dalam Guinness Book of World Records dengan panjang keningnya adalah 9.6cm.

10. Wanita Berjanggut Terpanjang (Vivian Wheele) 11 inci.



Dengan janggut sepanjang 11 inci – 27.9 cm., Vivian Wheeler dari Illinois, dianugerahkan sebagai wanita yang memiliki janggut terpanjang.
Ayahnya menggalakkan Vivian Wheele untuk mencukur janggut sejak dia berusia 7 tahun, tetapi sejak tahun 1993 Vivian Wheeler tidak lagi bercukur dan membiarkan janggutnya panjang.
Psst: ada tak rakan2 blogger wanita yang nak simpan janggut camni??hehehee...^_^

Macam2 rekod pelik dari serata dunia yang kita kadang2 sampai tergelak..macam ni punya rekod pun ada ek? huhu..dunia..duniaaaaa.....

7 suRat saMaN:

Aimifiqa said...

nice entri. ^^

SyedGraphix Dot Com said...

haha.. lawak la aie ;p

MissKitty said...

erm. yang bulu telinga tuh tak tahan.

Unknown said...

tang pinggang memang ak bley bla.

miss miera said...

hye..blogwalking ..
klo sudi flw la miera ek, t miera flw balik .. :)

Anonymous said...

eeeeeee...gelinya yg bulu tlnga pnjg tu...yg dalam tu agak dia cuci pakai rejoice ke sunsilk???yg kuku pnjg tu agak2 dia makan mcm ne???hahhahaha bllluueeeekksss geli

Unknown said...

bulu telinga pnjang ? hahah eiyarkk !