iklan

Ahli-ahli Sindiketku....

Thursday, December 9, 2010

Masih Ingat Gaban? Suria Perkasa Hitam??



Hohohoho...aku teringat zaman aku kecik2 dulu...masa tu tadika lagi kalau xsilap la..Gaban & Suria Perkasa hitam adalah paberet aku la time tu..kira hero tip top ah! hahaa..tapi xingat pulak masa tu siaran pukoi berapa, tp yang aku ingat2 lupa, lepas tayangan ceta OSHIN...drama jepun tu.....



Ok!balik pada topik hero aku nih..kita mula dengan Gaban!

GABAN 

Gaban ni adalah space police..dlm bahasa jepun ceta ni btajuk "Uchuu Keiji Gyaban"...mmg best ceta nih..pnah dgar lgu gaban?? ala bkak ja U-tube pastu taip GABAN..heheh! Tp bnda yg pling buat aku trtarik dgn ceta ni adalah sbb space ship dia..yg robot naga tu...huish..zaman budak2..tgok canggih ni msti la minat..robot!

ok! meh nk bg skit lg sejarah tntang GABAN..


Pada 1960-an hingga 1970-an menyaksikan era keemasan wira-wira televisyen. Sejak tahun 1960-an hingga 1970-an, banyak siri lain yang dihasilkan termasuk Ultraman, Kamen Rider, Go Rangers dan seterusnya diikuti pula dengan Magma Taishi, Iron King, Spectreman, Lion Maru, dan lain-lain lagi. Syarikat Toei adalah studio yang paling aktif menghasilkan siri-siri pada waktu tersebut. Pada penghujung era tersebut (1982), Syarikat Toei ingin menampilkan suatu siri yang berlainan. Mereka akhirnya menghasilkan "The Uchu Keiji" ataupun "Space Sheriff" (maksud secara terjemahan terus adalah "Inspektor Polis Angkasa" atau "Detektif").
Siri pertama Uchuu Keiji Gyaban mendapat sambutan yang menggalakkan dan dianggap berjaya. Oleh sebab inilah siri ini diteruskan pada tahun 1983 dan 1984: Uchuu Keiji Shariban dan Uchuu Keiji Shaider.
(Tapi kat malaysia tayang ceta ni pada taun 90-an..aku pun budak2 beringus lagi...hek3..)

Nama sebenar rancangan ini dalam bahasa Jepun ialah Uchuu Keiji Gyaban, yang sebenarnya merujuk kepada pelakon Perancis Jean Gabin  yang amat suka menjadi polis di dalam filem-filem Perancis. Selepas itu, tajuk dalam bahasa Inggeris dimudahkan menjadi Space Cop Gabin. Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa Inggeris yang diberikan oleh orang Jepun adalah "Space Sheriff Gavan". Nama Gyaban hanyalah terjemahan terus dari sebutan katakana untuk 'Gavan' (bunyi huruf v tidak wujud dalam bahasa Jepun sebenar). Di antara sebutan-sebutan yang digunakan adalah "Giyaban", "Gaban", "Gavin", "Giyariba".
 Ok? dh faham?hehe...kita teruskan dengan Suria Perkasa Hitam plak..

Suria Perkasa Hitam

Ha...ni lagi 1 hero paling diminati aku dan kawan2 seangkatan aku (geng2 tadika..hek3) Lepas tengok 1 episod ja mesti esok kt tadika jadi topik berbual. Kadang2 tu ada yang sampai bergaduh sebab berebut nak jadi Suria Perkasa Hitam..hahaa!! Besa la..budak2 tadika..
Apa yang best tentang Hero ni? haaa...sebab dia ada moto belalang tu..ngeh3..ada 2 biji motor hero nih..
Ni motor yg mula2 hero ni guna..
Pastu ni moto yg ke2..
 Pastu dia ada keta 1..haha..kira sempoi la..(time aku budak2 ja..la ni macam ampeh plak tengok..bhahaha) 

Tapi yang aku tengok, cara dia nak bertukar jadi Suria tu yang jadi ikutan..huhu..


Ok! Ni plak sejarah Suria Perkasa Hitam..
  Kamen Rider Black (仮面ライダーBLACK Kamen Raidā Burakku?) (harfiah: Masked Rider Black), juga dikenali di Malaysia sebagai Kesatria Baja Hitam, merupakan sebuah siri adiwira tokusatsu Jepun yang sangat popular. Ia merupakan siri kelapan daripada francais tokusatsu Siri Kamen Rider. Ia adalah hasil kerjasama antara Ishinomori Productions dan Toei, serta disiarkan di Mainichi Broadcasting System dan Tokyo Broadcasting System dari 4 Oktober 1987 sehingga 9 Oktober 1988 dengan jumlah episod sebanyak 51 episod kesemuanya. Dengan jalan cerita yang penuh dramatik serta hubungan tragik antara Kamen Rider dengan musuh utamanya, siri ini bukan sahaja popular di Jepun tetapi juga di beberapa negara lain terutamanya Malaysia. Siri tersebut sering dianggap sebagai siri klasik serta dianggap sebagai siri Kamen Rider paling popular pada lewat 80an, serta merupakan siri Kamen Rider Zaman Showa paling popular. Kamen Rider Black RX merupakan sambungan terus kepada siri ini. Siri ini turut diadaptasikan ke dalam manga bertajuk Kamen Rider Black.

Ni plak jalan cerita...
Setelah diculik oleh Gorgom pada malam hari jadi ke-19 mereka, adik-beradik tiri Kotaro Minami dan Nobuhiko Akizuki dibedah dalam satu pembedahan cyborg untuk menjadikan mereka calon bagi Raja Makhluk Gorgom. Kedua-duanya digelar Raja Abad serta ditakdirkan untuk berlawan sesama sendiri pada perlawanan terakhir untuk menjadi Raja Makhluk. Kotaro sempat melarikan diri sebelum dibuang ingatannya (yang merupakan langkah terakhir pembedahan tersebut) atas pertolongan ayah angkatnya, dan seterusnya berpaling tadah menentang Gorgom. Dia kemudiannya mendapat tahu satu hakikat yang mengejutkan daripada ayah tirinya: Gorgom asalnya telah membunuh kedua-dua ibu bapa kandungnya dan, memandangkan Kotaro dan Nobuhiko dilahirkan pada hari berlakunya gerhana matahari, mereka digelar "Suria Perkasa Hitam" (Black Sun) dan "Bayangan Bulan" (Shadow Moon). Kotaro yang mengambil nama Kesatria Baja Hitam (Kamen Rider Black) nekad mahu menyelamatkan saudara tirinya daripada cengkaman Gorgom sambil melindungi Jepun. Walau bagaimanapun, pada lewat siri ini, Nobuhiko bangkit sebagai Bayangan Bulan serta berlawan dengan Kotaro untuk menjadi Raja Makhluk yang seterusnya. 


Ha...ni la Shadow Moon..
 
 
Ni plak Gorgom dengan anak buah dia..
 


Sekian dari aiE..ngeeehehee..^_^ 

8 suRat saMaN:

Cempakamelati said...

Masa akak kecik-kecik dulu, ada gak cerita camni, tajuk lain, tapi pakaian hampir sama. Suka gak tengok.

zureen said...

haha.. sama laa! suke tgk cite ni dulu~ tapi xleh lawan sailormoon laa.. haha~

~thE aiE~ said...

huhuhu...^_^

fairuz alwani said...

zaman dulu suka tgk suria perkasa hitam tu. cd je lah. tp sekarang ska tgk sin chan. hehe.

~thE aiE~ said...

zureen: haha..sailormonn ek...dgan kuasa bulan, akan mghukum mu! bhahaha...

fairuz alwani: hehehe..dulu aiE tgok kt tv..pastu pnjam tape kawan2...ngehehe..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

dulu selalu kena ejek sebab nama sama dengan suria perkasa hitam..

GematriA™ said...

space cop gaban!
bwahahahahaha..
cool gila time itu..
siap dgn naga segala bagai..
thumbs up bro!
teringat zaman kecil2 dulu!

~thE aiE~ said...

thanks smua yg bg surat saman...^_^

THE LEKAT LEKIT STORY: bhahaha..kna ejek??

GematriA™: yup..tringat tu yg post cmni..huhu...thanks ya! ^_^