iklan

Ahli-ahli Sindiketku....

Thursday, December 30, 2010

Top 10 Bandar Paling Bahaya


  • Bandar paling berbahaya di dunia


  • 10. Rio de Janeiro, Brazil


    Walaupun bandar ini adalah tempat karnival terbesar di dunia,
     ia juga salah satu tempat paling bahaya di dunia. Sebaik turun
     dari kapal terbang, kamu akan diberikan senarai Do's and Dont's.
     Jangan pakai barang kemas dan jangan bawa dompet kamu
     (bawa wang sedikit yang mungkin) adalah antara peringatan
     utama kepada pelawat. Sejak dua tahun kebelakangan ini jumlah
     jenayah meningkat, terutamanya jenayah kejam. Geng dadah
     terbesar Brazil iaitu Piranha bertanggungjawab meningkatkan
     kadar kekejaman, kacau bilau dan penculikan di bandar
     tersebut. Kekacauan juga telah mengakibatkan kematian
    8000 orang dengan purata 20 orang sehari!

Kebetulan tanda kiamat??

Semalam aiE sempat menonton balik cerita 2012 sebelum Malaysia Vs Indonesia. Pastu ada 1 babak di mana punca yang menyebabkan bumi kucar kacir adalah kerana letupan api di matahari yang mengeluarkan radiasi tinggi..Terus aiE teringat, sebelum ni aiE ada baca tentang radiasi matahari yang baru ja berlaku. Gambar yang diambil oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat adalah bertarikh 8 September 2010, padahal filem 2012 dikeluarkan pada 13 November 2009!!


Gambar Matahari 8 September 2010

Poster Filem 2012 *klik untuk besarkan dan lihat tarikh.

Ni pula adalah petikan dari akhbar Kosmo! tentang radiasi matahari.

LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.
Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.
Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.
Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005.

Kenapa gadis ini berBOGEL????

Berikut adalah Gambar bogel omputih ni...tp kenapa?? jom lihat gambarnya..


Lagi gambar di bawah...
V
V
V
V
V

Misteri!! 9/11 WTC!!



Adakah ini satu kebetulan?

-New York City memiliki 11 huruf.

-Afghanistan memiliki 11 huruf.

-Ramsin Yuseb (Pengganas yang menyerang Twin Towers pada 1993) memiliki 11 huruf.

-George W. Bush memiliki 11 huruf.

-Twin Towers membentuk angka 11.

-New York adalah negara bagian ke-11.

-Pesawat pertama yang merempuh Twin Towers memiliki nombor penerbangan 11.

-Pesawat itu mengangkut 92 penumpang, 9+2 = 11.

-Pesawat 1 lagi yang merempuh Twin Towers, pesawat 65 penumpang, 6+5= 11.

-Tragedi itu terjadi pada 11 September, 9/11, 9+1+1 = 11.

-Tarikhnya sama dengan nombor panggilan kecemasan Amerika iaitu 911, 9+1+1 = 11.

-Kejadian ini adalah kemalangan pesawat yang ke-254, 2+5+4 = 11.



-September 11 adalah hari ke-254 dalam tahun itu, 2+5+4 = 11.

-Pengeboman Madrid terjadi pada tanggal 3/11/2004, 3+1+1+2+4 = 11.

-The most recognized symbol for the US, after the Stars & Stripes, is the Eagle. The following verse is taken from the Quran, the Islamic holy book: "For it is written that a son of Arabia would awaken a fearsome Eagle. The wrath of the Eagle would be felt throughout the lands of Allah and lo, while some of the people trembled in despair still more rejoiced: for the wrath of the Eagle cleansed the lands of Allah and there was peace". That verse is number 9.11 of the Quran.


Masih tidak percaya? Silakan cuba yang ini, maybe boleh buat anda tercengang. Buka Microsoft Word dan lakukan seperti yang di bawah:

-Taip Q33 NY, ini adalah nombor penerbangan pesawat pertama yang merempuh Twin Towers.

-Highlight/terangkan Q33 NY.

-Ganti ukuran font menjadi 48.

-Ganti jenis font menjadi WINGDINGS
Apa yang anda lihat???

Terkejut? 
 Psst: Siap ada logo Israel...adakah Bush dalang semua ni?

Misteri: Kebetulan 2!!!

Dunia ini memang penuh dengan misteri dan tidak boleh diselesaikan  begitu saja dengan akal sihat, namun ada beberapa kejadian aneh yang ditunjukkan  kepada kita bahawa ada kekuasaan yang sama sekali tidak dapat kita sentuh, melainkan kuasa tersebutlah yang mengatur kita.
Berikut beberapa kejadian misteri yang berlaku dari beberapa tempat dunia:




 
1.    Kembar Yang Aneh
Sebuah kesalahan komputer menyebabkan dua orang wanita Amerika sama-sama diberi nama Patricia dan diberikan nombor jaminan sosial yang sama. Ketika kedua wanita itu dipertemukan oleh petugas untuk mengklarifikasi kesalahan itu, mereka menemukan bahawa :

  • Kedua wanita tersebut sama-sama memiliki nama Patricia Ann Campbell
  • Ayah mereka sama-sama bernama Robert Campbell
  • Tarikh lahir mereka sama-sama 13 Mei 1941
  • Mereka sama-sama menikah dengan tentera pada tahun 1959 (selisih hanya 11 hari)
  • Mereka sama-sama memiliki dua anak berumur 19 dan 21 tahun.
  • Mereka sama-sama suka melukis dengan cat minyak
  • Mereka berdua sama-sama pernah belajar di bidang kosmetik
  • Keduanya sama-sama pernah bekerja sebagai akauntan.
2.    Hugh William Yang Beruntung
  • Pada 5 Desember 1660, sebuah kapal tenggelam di Dover – satu-satunya awak yang selamat bernama Hugh William.
  • Pada 5 Desember 1767, sebuah kapal juga tenggelam di perairan yang sama – 127 orang meninggal, satu-satunya penumpang yang selamat bernama Hugh William.
  • Pada 10 July 1940, Sebuah kapal Inggeris dihancurkan oleh Jerman – hanya dua orang yang selamat, seorang lelaki dan anak saudaranya. Keduanya sama-sama bernama Hugh William.
3.     Hingga Kematian Memisahkan Mereka
  • Pada tahun 1996, polis Paris mengadakan penyelidikan terhadap sebuah pertembungan yang terjadi antara dua kereta pada wktu malam. Kedua pemandu kereta  tersebut sama-sama maut. Penyelidikan lebih lanjut menemukan bahwa ternyata kedua pemandu tersebut adalah seorang lelaki dan wanita dan keduanya adalah bekas kekasih yang sudah berpisah beberapa bulan. Tidak ada diantara mereka yang mengetahui bahwa kereta yang betembung itu dipandu oleh bekas kekasihnya.
4.    Dia Ada Dibelakangmu
  • Michael Dick telah menjelajah Inggeris dengan keluarganya untuk menjejaki anak perempuannya yang bernama Lisa – yang telah hilang  selama 10 tahun.
  • Setelah pencarian selama bertahun-tahun tanpa hasil, dia didatangi Harian Suffolk Free Press yang setuju untuk menolongnya dengan menayangkan berita itu di harian mereka.
  • Mujurlah, anak perempuannya yang telah lama hilang melihat berita itu di akhbar, dan mereka berjumpa untuk pertama kalinya. Yang aneh adalah ternyata anak perempuannya tepat berada di belakang mereka ketika wartawan mengambil foto Michael untuk ditayangkan di akhbarnya.
5.    Ujian Akhir
  • Seorang murid di sekolah tingkat atas di Argoed High School di Wales Utara sedang menjalani ujian akhir di kelasnya pada tahun 1990.
  • Nama anak itu adalah James Bond – Nombor kertas ujiannya adalah 007.
6.     Peristiwa Di Sebuah Pantai
  • Pada tahun 1965, pada usia 4 tahun, Roger Lausier sedang berenang di sebuah pantai di Salem. Dia mengalami masalah dan hampir tenggelam. Seorang wanita bernama Alice Blaise menolongnya.
  • Pada tahun 1974, di pantai yang sama, Roger sedang meluncur. Dia melihat seorang lelaki yang hampir tenggelam dan segera menolongnya. Luar biasa,  lelaki yang ditolongnya adalah suami Alice Blaise.
7.    Kukejar Engkau Hingga Liang Kubur
  • Pegawai tentera Kavelari Inggeris bernama Mayor Summerford sedang bertempur di Flanders pada tahun terakhir perang dunia ke 1.  Tiba tiba ia disambar petir dan menyebabkan ia terjatuh dari kuda. Peristiwa itu membuatnya lumpuh dari pinggang ke bawah.
  • Enam tahun kemudian ia pindah ke Vancouver, Kanada.  Ketika  ia keluar memancing, Mayor Summerfield sekali lagi disambar petir. Kali ini seluruh tubuh bahagian kanannya lumpuh.
  • Dia meninggal dua tahun setelah insiden itu.
  • Empat tahun setelah kematiannya, batu nisannya pula hancur lebur – disambar oleh petir.
8.     Tercekik Peppermint Candy
Seorang pengusaha bernama Danie de Toit sedang berpidato di depan pengunjung di Afrika Selatan. Topik dari pidatonya adalah – Hati-hati kerana kematian dapat mendatangimu bila bila masa  saja.
Pada akhir pidatonya, dia memasukkan sebuah permen peppermint ke mulutnya. Ia tersedak hingga meninggal di situ.

Wednesday, December 29, 2010

Misteri!! Adakah Kebetulan??

Mary Ashford
 
 Abraham Thornton
 
Barbara Forrest
 
Dua wanita berbeza era mati dibunuh pada hari, tarikh sama
 
FAKTOR kebetulan ada kalanya memang aneh terutama jika peristiwa yang berlaku sama seperti kejadian terdahulu tetapi seabad jaraknya sebelum ia berulang.
Peristiwa penemuan mayat mangsa pembunuhan Mary Ashford, 20, pada pada 27 Mei 1817, di Erdington, sebuah perkampungan berhampiran Birmingham, mencipta satu kebetulan mengerikan apabila tepat 157 tahun kemudian, pada hari dan waktu sama sejarah berulang dengan menyaksikan pembunuhan paling kejam menimpa Barbara Forrest, 20.
Barbara dicekik dan dibiarkan di kawasan berumput panjang berhampiran sebuah rumah kanak-kanak di Erdington, tempat dia bekerja sebagai jururawat.

Ia mungkin sekadar satu kebetulan biasa, tetapi persamaan kedua-dua kes semakin menonjol apabila polis menyiasat mengenai pembunuhan Barbara. Apabila seorang pegawai polis membaca mengenai pembunuhan Mary pada 1817, dia menggeleng-gelengkan kepala tidak percaya. Kedua-dua kes berlaku pada Isnin bertarikh 26 Mei pada 1817 dan 1975 - tahun pembunuhan Barbara.

Seperti Mary, Barbara dirogol sebelum dibunuh dan kedua-dua mangsa ditemui dalam lingkungan 274 meter antara satu sama lain. Mary dan Barbara berkongsi tarikh lahir sama dan kebetulan tidak terhenti setakat itu kerana kedua-dua mangsa melawat rakan baik masing-masing pada petang pembunuhan untuk tujuan sama - menukar baju baru untuk ke majlis tari menari.

Dalam kes Mary, suspek bernama Abraham Thornton ditahan, manakala dalam kes Barbara, suspek bernama Michael Thornton. Kedua-duanya didakwa membunuh tetapi anehnya, mereka dibebaskan dalam kedua-dua kes itu.
Menelusuri sejarah kebetulan kedua-dua kes bermula pada jam 6.30 pagi 27 Mei 1817, apabila seorang buruh yang dalam perjalanan ke tempat kerja menemui baju wanita berlumuran darah berhampiran Penn’s Mill.

Siasatan polis membawa kepada penemuan mayat seorang gadis yang disenangi, Mary Ashford. Polis segera menyoal siasat penduduk tempatan dan mengetahui sehari sebelumnya, pada 26 Mei, Mary pergi ke Birmingham untuk menjual hasil tenusu di pasar awam.

Dia kemudian mengunjungi rakannya, Hannah Cox, untuk menukar baju dan menghadiri majlis tari menari pada petangnya. Pada majlis itu, mereka kelihatan gembira dan menjadi tumpuan peminat lelaki. Sepanjang petang malang itu, Mary ditemani seorang anak muda bernama Abraham Thornton manakala Hannah menari dengan Benjamin Carter.

Dalam perjalanan pulang, Hannah dan Carter berpisah daripada Mary dan Thornton.

Mary dilihat hidup kali terakhir pada jam 4.15 pagi dan dua saksi memberi keterangan mereka nampak dia berseorangan. Thornton yang disoal siasat terkejut selepas diberitahu Mary dibunuh, kemungkinan dicekik, selepas dirogol.

Dia memberitahu detektif: “Saya tidak percaya dia bunuh; mengapa, saya bersamanya sehingga jam 4 pagi ini.”

Thornton tidak faham mengapa dia menjadi suspek utama dalam siasatan itu. Dia mengaku mengadakan hubungan seks dengan mangsa tetapi menafikan merogol dan membunuh gadis itu.

Sehingga hari ini, pakar jenayah masih cuba memastikan siapa sebenarnya membunuh Mary dan kini dengan fakta satu kes lain menyamai pembunuhan Mary yang berlaku lebih seabad kemudian, misteri berkenaan masih belum terungkai.

Pada 27 Mei 1975, Barbara ditemui mati berhampiran Erdington. Dia dicekik, dirogol dan mayatnya hilang lebih seminggu sebelum ditemui. Barbara bekerja di Rumah Kanak-Kanak Pype Hayes dan lebih aneh, dia mempunyai persamaan wajah dengan Mary, dan seperti Mary, Barbara juga dicekik selepas dirogol.

Polis menahan pegawai kebajikan kanak-kanak, Michael Thornton, berhubung kes itu. Seperti juga Abraham Thornton, yang dituduh membunuh Ashford pada 1817, Michael dibicarakan atas tuduhan membunuh Forrest tetapi dia juga dibebaskan.

Lebih mengejutkan, beberapa hari sebelum menemui ajal, kedua-dua mangsa seolah-olah dapat meramalkan nasib mereka. Seminggu sebelum dibunuh, Mary memberitahu ibu Cox dia berasa ‘tidak senang hati mengenai minggu akan datang’ manakala Barbara pula, 10 hari sebelum dibunuh, memberitahu rakan sekerjanya: “Ini bulan malang bagi saya. Saya cuma tahu. Jangan tanya mengapa."
  
 

Tuesday, December 28, 2010

Kuasa coli Julia Perez!!!

mereka canggih!!!

JAKARTA: Awas skuad bola sepak Malaysia! Sebagai langkah membalas dendam atas gangguan cahaya laser ke atas penjaga gol Indonesia di Stadium Bukit Jalil kelmarin, Julia Perez menyiapkan senjata sulit untuk pemain Malaysia esok.
Kata Julia, pemain Malaysia akan ‘diajar’ melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.

“Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.
“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.

“Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam perlawanan pusingan pertama di Kuala Lumpur kelmarin, Malaysia membuat permulaan meyakinkan apabila membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki.

Indonesia mendakwa, gangguan pancaran laser yang dihalakan kepada penjaga gol pasukan itu menjadi punca mereka tewas teruk.

Walaupun dilihat seperti bergurau, penyanyi dangdut dan aktres simbol seks itu sebenarnya serius dengan janjinya.
“Memang saya akan datang bersama coli laser, kecuali ada arahan dikeluarkan melarangnya,” katanya. - Agensi.
Sumber: myMetro.

Kisah Tan Sri dan Isterinya..

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...Hehehe...^_^

Monday, December 27, 2010

Zorro?Robin Hood?Orang Asli?? Siapa Lebih Hebat??

VS
VS

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.

Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!" 
 
^_^

Pertanyaan Kepada Bill Gates

Subject: Masalah dengan komputer baru



1. Di situ ada butang 'start' tetapi tiada butang 'stop'. Tolong check ni ya. 



2. Di menu kami jumpa 'Run'.Salah seorang dari kawan saya klik 'Run' dan terus berlari. Jadi kami minta anda buatkan menu 'sit', jadi kami boleh klik sambil duduk.


3. Satu keraguan adalah samaada mana-mana 're-scooter' didapati di sistem? Saya mencari hanya tetapi hanya jumpa 're-cycle', tetapi saya mempunyai sebuah skuter pada rumah saya. 

4. Terdapat butang 'Find' tetapi ia adalah tidak berkerja dengan betul. Isteri saya hilang kunci pintu dan kita cuba satu bahagian mengesan kunci dengan ini butang'Find', tetapi adalah tidak dapat bagi mengesan. Tolong membetulkan masalah ini.

 

5. Anak-anak saya belajar 'Microsoft word' kini beliau mahu belajar 'Microsoft sentence', jadi bila anda nak provide ni?

 

6. Saya membawa komputer, CPU, tetikus dan papan kekunci, tetapi terdapat hanya satu ikon yang menunjukkan 'MY Computer': bila anda akan menyediakan bakinya spt CPU dll?

 

7. Mengejutkan apabila di 'My Pictures' takde satu pun gambar saya, jadi bila anda nak masukkannya dalam tu?

 

8. Di situ ada 'MICROSOFT OFFICE' bagaimana dengan 'MICROSOFT HOME' sedangkan saya menggunakan PC ni kat rumah sahaja?

 

9. Anda menyediakan 'My Recent Documents'. Bila anda akan menyediakan 'My Past Documents'?

 

10. Anda menyediakan juga 'My Network Places'. Minta tolong sesangat jangan sediakan 'My Secret Places'. Saya tak mahu isteri saya tahu ke mana saya pergi selepas pulang pejabat.

Dan yang akhir sekali dari saya kepada Bill Gates :

Tuan, bagaimana nama anda Gates sedangkan anda jual WINDOWS?


ngehehehe....~

Buying a computer???

COSTELLO CALLS TO BUY A COMPUTER FROM ABBOTT


ABBOTT: Super Duper computer store. Can I help you?

COSTELLO: Thanks. I’m setting up an office in my den and I’m thinking about buying a computer.

ABBOTT: Mac?

COSTELLO: No, the name’s Lou.

ABBOTT: Your computer?

COSTELLO: I don’t own a computer. I want to buy one.

ABBOTT: Mac?

COSTELLO: I told you, my name’s Lou.

ABBOTT: What about Windows?

COSTELLO: Why? Will it get stuffy in here?

ABBOTT: Do you want a computer with Windows?

COSTELLO: I don’t know. What will I see when I look in the windows?

ABBOTT: Wallpaper.

COSTELLO: Never mind the windows. I need a computer and software.

ABBOTT: Software for Windows?

COSTELLO: No. On the computer! I need something I can use to write proposals, track expenses and run my business. What have you got?

ABBOTT: Office.

COSTELLO: Yeah, for my office. Can you recommend anything?

ABBOTT: I just did.

COSTELLO: You just did what?

ABBOTT: Recommend something.

COSTELLO: You recommended something?

ABBOTT: Yes.

COSTELLO: For my office?

ABBOTT: Yes.

COSTELLO: OK, what did you recommend for my office?

ABBOTT: Office.

COSTELLO: Yes, for my office!

ABBOTT: I recommend Office with Windows.

COSTELLO: I already have an office with windows! OK, lets just say I’m sitting at my computer and I want to type a proposal. What do I need?

ABBOTT: Word.

COSTELLO: What word?

ABBOTT: Word in Office.

COSTELLO: The only word in office is office.

ABBOTT: The Word in Office for Windows.

COSTELLO: Which word in office for windows?

ABBOTT: The Word you get when you click the blue “W”.

COSTELLO: I’m going to click your blue “w” if you don’t start with some
straight answers. OK, forget that. Can I watch movies on the Internet?

ABBOTT: Yes, you want Real One.

COSTELLO: Maybe a real one, maybe a cartoon. What I watch is none of your business. Just tell me what I need!

ABBOTT: Real One.

COSTELLO: If it’s a long movie I also want to see reel 2, 3 & 4. Can I watch them?

ABBOTT: Of course.

COSTELLO: Great! With what?

ABBOTT: Real One.

COSTELLO: OK, I’m at my computer and I want to watch a movie. What do I do?

ABBOTT: You click the blue “1″.

COSTELLO: I click the blue one what?

ABBOTT: The blue “1″.

COSTELLO: Is that different from the blue w?

ABBOTT: The blue “1″ is Real One and the blue “W” is Word.

COSTELLO: What word?

ABBOTT: The Word in Office for Windows.

COSTELLO: But there’s three words in “office for windows”!

ABBOTT: No, just one. But it’s the most popular Word in the world.

COSTELLO: It is?

ABBOTT: Yes, but to be fair, there aren’t many other Words left. It
pretty much wiped out all the other Words out there.

COSTELLO: And that word is real one?

ABBOTT: Real One has nothing to do with Word. Real One isn’t even
part of Office.

COSTELLO: STOP! Don’t start that again. What about financial bookkeeping? You have anything I can track my money with?

ABBOTT: Money.

COSTELLO: That’s right. What do you have?

ABBOTT: Money.

COSTELLO: I need money to track my money?

ABBOTT: It comes bundled with your computer.

COSTELLO: What’s bundled with my computer?

ABBOTT: Money.

COSTELLO: Money comes with my computer?

ABBOTT: Yes. No extra charge.

COSTELLO: I get a bundle of money with my computer? How much?

ABBOTT: One copy.

COSTELLO: Isn’t it illegal to copy money?

ABBOTT: Microsoft gave us a license to copy Money.

COSTELLO: They can give you a license to copy money?

ABBOTT: Why not? THEY OWN IT!

A FEW DAYS LATER . . .

ABBOTT: Super Duper computer store. Can I help you?

COSTELLO: How do I turn my computer off?

ABBOTT: Click on “START”…….


Psst..panjang berjela pulak la nk terangkan cara turn off pc... ^_^

Peribahasa

Peribahasa melayu yang ditranslate bagi yang kurang fasih berbahasa melayu...Huhuhuhu..


1) frog under coconut shell 



2) monkey in the jungle in will milk, child at home died of starvation

3) let the child die, please do not custom perish

4) throw stone hide hand

5) already fell in befall ladder

6) harpoon two eyes

7) wife will love live will stay, child will honey will hand hand

8) banana fruit twice

9) sparrow equivalent hornbill which flaying with

10) dog barked hill

11) tortise tortise in the canoe, pretend-pretend you dont know

12) Burst in the stomach, don't burst by mouth.....

13) hair same black..heart different-different 


Pssssttt....kawan2 ada lagi peribahasa?? meh kongsi ngan aiE...huhu ^_^

Sunday, December 26, 2010

Friday, December 24, 2010

Kenali Virus Komputer


Apa itu Virus?

Virus komputer adalah program komputer yang dapat menggandakan atau menyalin dirinya sendiri. Tujuan pembuatannya untuk merosakkan sistem komputer. Virus merupakan program yang dapat menyamarkan dirinya menjadi file video, file audio, dokumen word, serta dapat menyamar dalam bentuk apapun untuk menipu pengguna komputer. Penyamaran tersebut bertujuan agar pengguna komputer tertarik untuk meng"click" sehingga virus tersebut aktif. Virus akan menggandakan diri sebanyak-banyaknya di dalam komputer dan berbagai media, contohnya disket, flash disk, dll.


Dont worry! Kita dapat menggunakan antivirus yang beredar dipasaran untuk melempang “Si Virus”, tetapi jangan lupa sering-seringlah meng-update antivirus tersebut dari internet.

Jenis-Jenis Virus Biasa

BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan

MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.

Cara Yang Boleh Diambil Untuk Mengesan Virus





Scanners Atau Pengimbas - Scanners sering dirujuk sebagai berasaskan tetanda kerana ia akan mencari tetanda ketara atau jejak virus.Ia akan memeriksa setiap fail berasaskan kepada kod tertentu yang dianggap sebagai virus. Ia akan menyimpan sebuah katalog virus yang besar danuntuk memberikan kesan yang lebih mendalam, Scanners perlu memeriksa pelbagai lokasi seperti sektor boot, memori sistem, partition table dan fail-fail. Malangnya, scanners tidak boleh mengesan virus baru yang tidak dikatalogkan,virus polimorfik dan virus stealth(samaran).

Ongoing Monitoring Atau Pemantauan Berulang - Monitors(pemantau) sering dirujuk sebagai pemintas(interceptors) yang akan beroperasi semasa sistem sedang berjalan.Aturcara ini akan melakukan tugas-tugas seperti pemantauan masa nyata(real time) ke atas cakera dan fail; analisis kegiatan luar dugaan dan pengesanan virus polimorfik dan stealth. Dengan monitors, perisian antivirus sering beroperasi di belakang tabir dan ia pasti akan mengganggu penggunaan atau memperlahankan komputer di samping memakan ruang memori yang banyak.

Intergrity Checkers - Pemeriksa jenis ini sering dirujuk sebagai sistem pengesanan pelbagai tahap (multilevel) atau generic yang sering mengisi ruang yang ditinggalkan oleh pengimbas.Ia membaca cakera dan data rekod di samping memantau fail sama seperti pemantau.Ia akan memeriksa fail-fail untuk mengesan perubahan ciri-cirinya yang disebabkan oleh virus.Selain daripada teknik di atas terdapat juga teknik seperti Checksum Comparison- memeriksa aliran bit fail untuk mengesan perubahan dan Inoculator- memasukkan kod bit kecil ke dalam fail yang hendak diperiksa bagi menentukan fail tersebut mengalami masalah atau tidak.

Tanda Jangkitan Virus

* Perubahan dalam saiz fail.
* Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.
* Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.
* Operasi sistem yang perlahan.
* Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.
* Sektor rosak pada disket,mahupun pada storan yg lain
* Paparan mesej kerosakan yang ganjil.
* Aktiviti skrin yang ganjil.
* Aturcara tidak dapat dijalankan.
* Sistem boot gagal semasa sistem bermula atau semasa memboot daripada pemacu .
* Terdapat aktiviti pencapaian cakera keras semasa tiada aktiviti sedang berjalan.

Wednesday, December 22, 2010

Lady Gaga diraba di Paris


PARIS - Penyanyi terkenal yang gemar berpakaian pelik, Lady Gaga terkejut apabila seorang peminat wanita secara tiba-tiba meraba baju di bahagian payu daranya, lapor sebuah akhbar semalam.
Insiden itu berlaku ketika Lady Gaga ingin meninggalkan hotel yang didiaminya di Paris, baru-baru ini.
Wanita terbabit yang memakai sarung tangan kulit berwarna coklat dilihat mendekati Lady Gaga sebelum merabanya.
Semasa kejadian, Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Poker Face memakai baju berwarna cerah dan tidak memakai coli.
Baju itu tidak mempunyai butang di bahagian tengah menyebabkan sebahagian payu daranya terdedah.
Dia turut memakai cermin mata hitam.

Sumber: kosmo! online.

Tuesday, December 21, 2010

Ekspo Rekacipta & Pameran Penyelidikan UniMAP 2010


Tarikh: 22 Disember 2010
Tempat: Dewan 2020 Kangar, Perlis
Masa: 8 pagi - 5 petang

Pada expo kali ni, aiE juga terlibat untuk pertandingkan projek penyelidikan. Projek aiE adalah "2 in 1 Roof Ventilator". Ala benda yang pusing kat atas bumbung tu. Projek penyelidikan ni diketuai oleh bos aiE sendiri, iaitu Prof. Dr. Ismail bin Daut a.k.a Dekan Pusat Pengajian Sistem Elektrik UniMAP. Projek ni sebenarnya adalah untuk tesis student master iaitu En. Shatri Champakeow. Ramai gak terlibat dengan penyelidikan ni. (tengok kat poster di bawah).
*klik untuk besarkan lagi

Ok aiE nak terangkan sikit apa itu "2 in 1 Roof Ventilator". Selalunya Roof Ventilator dipasang pada bumbung rumah sekadar untuk mengeluarkan udara panas di dalam rumah yakni untuk pengudaraan la.. Tapi kami cuba untuk membuatkan Ventilator ni lebih berguna. Untuk menjana tenaga percuma (free energy). Iaitu selain dari mengeluarkan haba, ventilator ini juga mampu untuk menjana tenaga elektrik. Hasil penyelidikan kami apabila ventilator berputar, kami akan dapat 13-14 V~AC. Macam mana boleh dapat? Lihat diagram di bawah.
*block diagram

Hasil dari 13-14v~AC akan keluar dari Inverter menjadi 240v~AC. So, dah boleh guna untuk pasang kipas, radio dan alatan2 elektrik yang kecil panggunaan 'Watt'nya. Kan dah dapat elektrik percuma. Huhu..tapi sekarang diperingkat R&D lagi. Masih banyak perlu dibaiki dan dipelajari.

Kawan2 blogger yang berminat dan free tu mai la ke expo ni. ^_^
*ada sambungan untuk gmbar2 di Expo pada entri yang akan datang.

Kenapa Hitler Benci dan Bunuh Yahudi

 aiE cuma copy paste dari sumber yang aiE baca..bak kata orang sharing is caring..~ngeee...


>Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Monday, December 20, 2010

Ke Mana Kartun Malaysia??

Teringat la pulak kartun2 masa zaman sekolah rendah dulu. Tapi mana pergi semua kartun2 tu? Memang la "keras" kartun tempatan, tapi biasa la...masa tu kartun tempatan masih baru.. Tapi jalan cerita tu menarik gak. Banyak kartun Malaysia yang ada dulu. Ni antara kartun2 yang aiE masih ingat, aiE rasa kawan2 blogger yang lain pun mesti ingat zaman2 kartun ni.....


Usop Sontorian

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang bernama Selebet.
Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.
Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.
Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.

Selebet

Keluang Man
PLOT
Seorang pemuda yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba menjejaki supehiro misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini

Watak Utama

Borhan

Disebalik topeng Keluang Man adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Burhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis kelawar besar.

Samad / Tiongman

Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin.
Dialog popularnya ialah: "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" kata-kata Tiongman apabila Aishah masih lagi mahu berjumpa dengannya di Hospital Bahagia manakala babak yang paling menarik bagi watak Aishah adalah tika dimana Tiongman secara tidak sengaja terlucut sarung tangan ketika cuba menyelamatkan Aishah, hingga menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuan Tiongman, sebenarnya Aishah sudah mengetahui identitinya.

 Yokies

Haha! kartun ni pun aiE tengok jugak dulu. Cerita tentang family telur. Setiap episod ada kelainan. Ada saja masalah2 dalam family ni. huhu.. Tapi best gak.

Sang Wira

Sang wira..kawan2 semua masih ingat? kucing biru ala2 Doraemon tu..heheheh... Tapi yang ni lain sikit.. Dia ada jam sakti..huhu.. Kucing ni makhluk asing.

Sunday, December 19, 2010

Motorsikal Tonggek!!

Petikan Kosmo! online.

MIAMI - Sebuah motosikal yang digerakkan program komputer seperti dalam filem sains fiksyen, Tron: Legacy kini direalisasikan ke dunia nyata oleh pembuat motosikal, Parker Brothers Choppers yang beribu pejabat di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Motosikal yang dikenali sebagai Light Cycle itu sepanjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam.
Syarikat Parker Brothers Choppers menyatakan pihaknya hanya menghasilkan lima buah Light Cycle yang ditawarkan pada harga AS$55,000 (RM172,452) seunit.
Pengurus Operasinya, Jeff Halverson memberitahu ia menggunakan enjin TL1000R.
"Empat unit sudah dijual dan hanya sebuah lagi yang tinggal," kata Halverson.
Terdapat sambungan komputer tablet iPad yang membolehkan statistik tunggangan dimuat turun daripada komputer yang ada pada motosikal itu.
Gambar motosikal itu boleh dilihat di laman web YouTube.
Populariti motosikal itu di laman tersebut telah menarik perhatian syarikat perfileman Disney dan penerbit filem Tron: Legacy yang mahu menggunakan Light Cycle dalam acara promosi filem berkenaan.


Psst...menonggek dari Perlis ke KL...adeehhh...patah la pinggang...hehehehe...

Jom tengok Blog Terlucah!!

Hehehehe...gurau2 jaa...tak ada yang lucah pun dengan blog nih...saja nak promosikan blog abang aiE..
Hehe..jangan marah yerrr....

Ok! Blog abang aiE ni lebih kurang macam blog aiE la...ikut suka ja nak post apa pun..hehehehe... Tapi yang sebenarnya, lebih kepada aktiviti outdoors.. 
Abang aiE ni aktif dengan bidang reakrasi, terutamanya kayak...Jika kawan2 ada nak cari barang2 aktiviti outdoors, leh la masuk blog dia..tinggalkan pesanan nak cari barang yang dikehendaki..lokasinya di Port Dickson. Ni Blog dia >MALAYSIAN OUTDOORS<

Thursday, December 16, 2010

Budak buta dapat lihat semula

PULAU HAYLING, Britain - Keajaiban berlaku terhadap seorang budak perempuan berusia empat tahun di Britain, Izabelle Evans kerana dia dapat melihat semula selepas matanya buta sejak dilahirkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Izabelle kini dapat melihat objek dalam lingkungan beberapa meter setelah dia menjalani rawatan sel stem di China.
Ibu-bapanya, James Evans dan Hollie McHugh berkata, mereka amat berpuas hati dengan rawatan melibatkan kos £50,000 (RM245,917) itu terutamanya apabila Izabelle merenung ke dalam mata mereka dan memanggil: 'Ayah' dan 'Ibu'.
"Jika anda melintas di hadapannya, dia akan menyapa anda. Rawatan itu menakjubkan kerana sebelum ini, doktor-doktor yang kami temui di sini memberitahu bahawa anak saya buta sepenuhnya," kata Hollie.
Izabelle buta akibat penyakit ganjil Optic Displasia yang menyebabkan dia cuma memiliki beberapa ratus daripada jutaan saraf optik yang diperlukan oleh deria penglihatan.
Namun, dia pulih selepas mendapat suntikan sel stem daripada uri bayi yang digunakan untuk membina semula saraf-sarafnya.
Budak itu mendapat rawatan di Hospital Rakyat Chenyang, Qingdao di China hampir sebulan. - Agensi

Sumber: KOSMO! Online.

Psst: sirius aiE tgok budak ni comey sangat...huhu... 

  

Award dari missh chiorika a.k.a aryeika!!!

Hehehehe...pagi ni masuk ja opis trus bukak blog...belek punya belek, wah! aiE dapat award la...hehe..kali ni aiE dapat award dari  mak cik aryeika.. hehehe..^_^..sempena jadi pengikut sindiketnya yang ke-100...wahwahwah!!






Macam biasa la..bila dapat award..mesti ada soalan..haish..isi borang lagi...



1 )  apakah hobby masa lapang ? .
aiE jawab: byk hobi aiE. Update blog, main Xbox, main snooker....dll.

2 ) present apakah yank paling istimewa yank pernah anda terima ? .
aiE jawab: semua yang aiE dapat, aiE anggap istimewa sangat..aiE hargai sangat.

3) bile stress . pe jewk yank di lakukn ?
aiE menjawab: apa lagi, melalak di karaoke..hahaha! @ kuar fun2 dengan member.

4 ) kartoon yang anda minati ?
aiE menjawab lagi: byk..aiE pminat kartun..hehehee..antaranya Dragon Ball & Naruto..

5 ) pada tahun bile kah anda mula jatuh cinta . ( mean 1 st love )
aiE jawab smbil korek idong: 1st love ek??hehehe..urmm..taun 2005 kot..masa tu baru sirius..


ha ok? hehehe..pa2 pun aiE nk ucapkn tima kasih byk2 kat makcik aryeika kita nih sebab sudi bg kt aiE..biar la apa org kata, yang pnting aiE hargai sgt2!

Wednesday, December 15, 2010

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.