Ideologi lampau adalah pencetus kemajuan teknologi masa depan. Berikut merupakan permulaan kepada senibina teknologi komputer dunia:
1. Komputer pertama dicipta adalah ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer).
2. Cakera keras (hard disk) pertama adalah daripada IBM diberi nama IBM 350 Disk Storage Unit dan dikatakan sebesar seorang lelaki!
3. Intel 4004 Computer Microprocessor adalah pemprosesan pertama dicipta pada tahun 1971.
4. Apple Lisa Computer adalah komputer pertama yang mempunyai persekitaran pengguna yang bergrafik atau GUI (Graphical User Interface).
5. WordStar adalah perisian pertama untuk menulis.
6. Permainan komputer pertama adalah Spacewar pada tahun 1962.
7. Nama tetikus komputer diberi kerana wayar sambungan di belakangnya adalah seperti seekor tikus.
8. Bill Gates adalah orang yang bertanggungjawab mencipta Microsoft dan Windows.
Komputer Pertama Dunia.
Yang pasti komputer pertama didunia adalah ENIAC, singkatan dari Electronic Numerical Integrator And Computer adalah peranti elektronik digital pertama yang bekerja sebagai komputer. Peranti ini selesai dibuat oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat pada tahun 1945 dan diumumkan di tahun 1946. Ketika itu, komputer tersebut dicipta untuk menentukan arah dan jarak tembak radar balistik di Perang Dunia ke II.
Alasan utama penciptaan ENIAC adalah perlunya alat untuk membantu sebuah negara ketika sedang berperang. ENIAC dibangun berdasarkan tiga konsep dan teknologi yang sudah tersedia masa itu iaitu “otak mekanik”, tabung hampa udara dan punch card (kertas yang berlubang di posisi tertentu yang menyimpan informasi). Ketiga-tiga teknologi itu cuba digabung oleh Professor John Mauchly, dari Ursinus College.
Untuk projek ini, Tentera AS bekerjasama dengan University of Pennsylvania.
Dana sebanyak $61,700 diperuntukkan oleh angkatan tentera AS untuk membangun ENIAC. Sejak diputuskan untuk dibuat pada 5 Jun 1943, sebulan kemudian komputer itu mula dibuat secara berkala dan tanpa pengetahuan ramai orang. Project PX adalah nama kod projek pembuatan ENIAC.
Professor John Mauchly bersama J. Presper Eckert dari University of Pennsylvania memimpin kumpulan pencipta ENIAC. Anggota kumpulan lainnya adalah Bob Shaw, Chuan Chu, Kite Sharpless, Arthur Burks, Harry Huskey, Jack Davis, dan Iredell Eachus Jr. Sampai akhirnya selesai dibuat pada 14 Februari 1946, jumlah dana yang digunakan mencapai $486,804. 22.
ENIAC yang memiliki berat 30 tan, dengan daya elektrik sebanyak 200 kilowatt, terdiri dari 19.000 tabung hampa udara, 1500 relay, serta ratusan ribu resistor, kapasitor, dan induktor.
ENIAC memiliki banyak kegunaan. Selain untuk berperang, ENIAC juga dapat digunakan untuk meramal cuaca, mengira tenaga atom dan sinar, pengukuran suhu, penelitian angka, serta men'design' saluran udara, dan penggunaan lainnya.
ENIAC yang menjadi asas komputer masa kini juga dapat melakukan proses aritmatika dengan maksima 20 digit angka desimal. Perangkat penghitungan yang digunakan juga berfungsi sebagai unit penyimpanan. Dengan kemampuan yang dimiliki, alat yang mendapat gelaran "otak raksasa" tersebut, dapat mengira 1000 kali dari alat kira-kira yang terdapat pada zaman itu.
ENIAC cukup susah atau rumit untuk ditangani. Sebagai contoh, ketika terjadi kerosakan pada salah satu tabung kedap udara yang terpasang di ENIAC, juruteknik harus memeriksa sebanyak 19 ribu buah tabung untuk mencari tabung mana yang tidak berfungsi.
ENIAC berhenti digunakan pada 2 Oktober 1955. Karena keperluan terhadap mesin kira yang lebih cepat dan efisyen makin mendesak. Waktu ini, empat dari total keseluruhan empat puluh bahagian panel ENIAC disimpan di University of Pennsylvania.
0 suRat saMaN:
Post a Comment