iklan

Ahli-ahli Sindiketku....

Tuesday, January 11, 2011

Tanda-tanda kematian

aiE cuma copy paste artikel ni dari satu website..sekadar untuk berkongsi pengetahuan, bak kata org sharing is caring kan...selamat membaca dan ambil masa sejenak utk renung2kan~


TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT;
Bermaksud;
“Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan” 
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan  ujud  Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan  kepada
keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi  sakaratulmaut  dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan  termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma  ketika sampai  bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu  Imam  Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat  ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. 
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah  SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan  adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat  dan  bersedia  dalam perjalanan  menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua  tanda-tanda  ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang  kafir  iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus  di  rentap  tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah  SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : 
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan  disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun  semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar  atau  tidak  sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki  akan  mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti  daging lembu  yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di  hati  bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut  dengan  kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan  lenyap  begitu  sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah  peluang  terbaik  untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri  dengan  amalan  dan  urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.  Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang  letaknya di atas Arash Allah SWT. 
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat  persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula  mengikuti  kita sepanjang masa. 
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas  lalu dan  jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan  seakan-akan  bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya  untuk mencabut  nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi  kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita  selepas itu  supaya  perut  kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan  urusan  orang  yang akan memandikan kita nanti. 
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi  orang  yang  sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika  kita  melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur  masuk  ke  dalam. 
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke  depan  dan  sukar  ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan  di  sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya  akan  naik  ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan  berdiam  diri  dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita  kembali kepada  Allah  SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan  mematikan  pula.
PENUTUP
 
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga  kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan  diberi  kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat  membuat  persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari  Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang  kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati  seseorang  manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada  doa  dari  kita  sendiri ataupun doa dari orang lain. 
Namun ianya adalah  ketentuan Allah SWT semata-mata. 
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi  hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan  kesihatan  tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan  Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. 
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM

0 suRat saMaN: