iklan

Ahli-ahli Sindiketku....

Thursday, December 30, 2010

Top 10 Bandar Paling Bahaya


  • Bandar paling berbahaya di dunia


  • 10. Rio de Janeiro, Brazil


    Walaupun bandar ini adalah tempat karnival terbesar di dunia,
     ia juga salah satu tempat paling bahaya di dunia. Sebaik turun
     dari kapal terbang, kamu akan diberikan senarai Do's and Dont's.
     Jangan pakai barang kemas dan jangan bawa dompet kamu
     (bawa wang sedikit yang mungkin) adalah antara peringatan
     utama kepada pelawat. Sejak dua tahun kebelakangan ini jumlah
     jenayah meningkat, terutamanya jenayah kejam. Geng dadah
     terbesar Brazil iaitu Piranha bertanggungjawab meningkatkan
     kadar kekejaman, kacau bilau dan penculikan di bandar
     tersebut. Kekacauan juga telah mengakibatkan kematian
    8000 orang dengan purata 20 orang sehari!


    9. Cape Town, Afrika


    Selatan Afrika dihantui teka-teki mengenai jenayah yang kian
     meningkat di bandar Cape Town. Pembunuhan, rompak,
     culik dan rogol berleluasa sekali di situ dan mangsa utamanya
     ialah pelancong asing  Kadar pembunuhan yang
     berlaku ialah 62 daripada 10, 000 orang. Justeru dilarang
     keras berjalan- jalan tanpa bodyguard dan pergi ke ATM
     berseorangan.

    8.New Orleans, USA



    Dengan reputasi kematian 95 dari 100, 000 penduduk,
    sememangnya menyeramkan memandangkan jumlah penduduk
    bandar itu hanyalah 300, 000 orang! Lebih seram keadaan di situ
    kerana majalah Time mencatatkan statistik kematian di Baghdad
     adalah 48 per 100, 000 penduduk. Jenayah dikatakan
    meningkat di situ kerana ia merupakan salah satu bandar
    termiskin di USA. Masalah2 ekoran bencana ribut Katrina
     turut menyumbang kepada reputasi buruk itu.

    7. Caracas, Venezuela


    Majalah tempatan di sana menyatakan bandar ini adalah
     'bandar paling membunuh di dunia' pada akhir 2008. Di bandar
     ini, penyumbang utama jenayah ialah geng samseng dan
     perang antara sesama geng dadah. Kemiskinan yang melanda
     bandar ini juga meningkat 30% pada awal 70-an ke 67%
    pada masa ini. Malah semenjak President Chaves memerintah,
     jenayah meningkat sebanyak 67 %.

    6.Ciudad Juarez, Mexico


    Bandar yang menempatkan 1.5 juta jiwa ini terletak di sempadan
     Mexico- Amerika juga mencatatkan peningkatan jenayah yan
    g mengejut terutamanya dalam kalangan geng dadah.
    Kekejaman membuatkan orang awam sentiasa berjaga- jaga.
    Sejak Januari 2007, terdapat 8,338 pembunuhan berkait
    dengan dadah dicatatkan di Mexico dan 50% daripadanya
     adalah dari Cuidad Juarez. Bandar ini pernah mencatat
    angka kematian 130 orang dari 100, 000 penduduk.

    5. Mogadishu, Somalia


    Bandar Somalia ini telah dikejutkan dengan perang sivil
     yang menjadi- jadi. Pada thn 2008, statistik menunjukkan
     separuh dari populasi bandar (0.5 juta) telah melarikan
    diri dari bandar perang itu. Berdozen- dozen manusia
     tercedera setiap hari disebabkan konflik dan pengeboman
    yang kerap berlaku. Semenjak Presiden Siad Barre digulingkan
     pada 1991, lebih sejuta penduduk Somalia terkorban
    berikutan perang sivil.

    4. Chechnya, Rusia


    Dikatakan Russian Mafia lebih berkuasa di bandar ini berbanding
     gangster dan polis, dan seorang penduduk Rusia terbunuh
     setiap 18 minit  mendatangkan purata pembunuhan
     84 jiwa sehari di negara yang populasinya 143 juta itu.
    Bandar Chechnya juga bagaikan disumpah oleh masalah
    perkauman, pelacuran, pemerdagangan dadah dan lain- lain
    jenayah yang ditimbulkan oleh pemberontak Chechnya.

    3. Karachi, Pakistan


    Telah dinobatkan sebagai bandar paling rendah tahap keselamatan
    peribadi di Asia berdasarkan kajian Mercer. Kebelakangan ini
    Karachi selalu digegarkan dengan serangan- serangan pengganas
    dan bunuh diri dengan meletupkan bom. Pada Febuari 2010,
     lebih 30 terbunuh dalam pengeboman berkembar dan pada
    akhir 2009, lebih 40 terbunuh dalam serangan bom.

    2. Detroit, USA


    Bandar Motor di Amerika ini telah meraih tempat dalam
    senarai Forbe 10 tempat paling bahaya di dunia pada tahun 2009.
    Majalah Forbe menyenaraikan Detroit berdasarkan laporan jenayah
     oleh FBI yang menunjukkan peningkatan jenayah kejam.
    Telah dicatatkan 1,220 jenayah kejam berlaku per 100, 000
    penduduk bandar itu.

    1. Baghdad, Iraq


    Dapat dilihat sungai daripada darah dan pengeboman yang
     amat kerap di bandar ini. Iraq merupakan bandar yang paling
    rendah tahap keselamatannya berdasarkan indeks kualiti
    penghidupan global Mercer pada 2008. Sejarah perang,
    pengeboman dan pertumpahan darah kian menjadi- jadi selepas
    pencerobohan Amerika. Sejak itu, lebih 650,000 manusia
    terkorban.

    sumber ni aiE dapat dari: razwaree entrinya bertajuk: 

    Bandar paling berbahaya di dunia

0 suRat saMaN: