Tarikh: 22 Disember 2010
Tempat: Dewan 2020 Kangar, Perlis
Masa: 8 pagi - 5 petang
Pada expo kali ni, aiE juga terlibat untuk pertandingkan projek penyelidikan. Projek aiE adalah "2 in 1 Roof Ventilator". Ala benda yang pusing kat atas bumbung tu. Projek penyelidikan ni diketuai oleh bos aiE sendiri, iaitu Prof. Dr. Ismail bin Daut a.k.a Dekan Pusat Pengajian Sistem Elektrik UniMAP. Projek ni sebenarnya adalah untuk tesis student master iaitu En. Shatri Champakeow. Ramai gak terlibat dengan penyelidikan ni. (tengok kat poster di bawah).
*klik untuk besarkan lagi
Ok aiE nak terangkan sikit apa itu "2 in 1 Roof Ventilator". Selalunya Roof Ventilator dipasang pada bumbung rumah sekadar untuk mengeluarkan udara panas di dalam rumah yakni untuk pengudaraan la.. Tapi kami cuba untuk membuatkan Ventilator ni lebih berguna. Untuk menjana tenaga percuma (free energy). Iaitu selain dari mengeluarkan haba, ventilator ini juga mampu untuk menjana tenaga elektrik. Hasil penyelidikan kami apabila ventilator berputar, kami akan dapat 13-14 V~AC. Macam mana boleh dapat? Lihat diagram di bawah.
*block diagram
Hasil dari 13-14v~AC akan keluar dari Inverter menjadi 240v~AC. So, dah boleh guna untuk pasang kipas, radio dan alatan2 elektrik yang kecil panggunaan 'Watt'nya. Kan dah dapat elektrik percuma. Huhu..tapi sekarang diperingkat R&D lagi. Masih banyak perlu dibaiki dan dipelajari.
Kawan2 blogger yang berminat dan free tu mai la ke expo ni. ^_^
*ada sambungan untuk gmbar2 di Expo pada entri yang akan datang.
0 suRat saMaN:
Post a Comment