iklan

Ahli-ahli Sindiketku....

Friday, November 26, 2010

Tentang Wanita Dari A ke Z

Ahhaa!! ni ada aku jmpa di satu artikel...Klau post yg sblum ni aku post tntang Bila Lelaki SayangkanKekasih
so kali ni aku aku post lg tentang wanita plak...hahaha!! so jom baca dan ambil masa utk renung2kan..~aiEra~





Amarah – wanita ni seperti juga lelaki, ada sifat amarah. Tetapi dalam banyak keadaaan, sifat amarah ni dipendamkan. Cuma yang outspoken tu je yang akan meluahkan rasa amarahnya itu. Ada juga yang memendam terlalu lama sampai boleh jadi outburst. Tu yang bahaya.
Bijak – wanita ni sebenarnya adalah makhluk Allah yang bijak. Walaupun ramai yang kata wanita ni 99% nafsu…tetapi sebenarnya yang 1% akal diorang tu kadang-kadang lebih besar kapasitinya dari 99% akal lelaki. So, janganlah cuba merendah-rendahkan IQ kaum wanita.
Cantik – tak kiralah samada dia tu tomboy ke..pengkid ke…wanita Melayu terakhir ke…semua wanita suka kelihatan cantik aka ‘stylo’. Tak semestinya dengan ber’make-up’ aje.
Demanding - sifat demanding wanita ni bergantung pada sifat ‘E’ dan sifat ‘M’ yang ada pada diorang. Kalau sifat ‘E’ dia lebih, maka dia memang la seorang yang demanding. Kalau sifat ‘M’ dia lebih, maka dia kuranglah demanding. Walau bagaimanapun, kalau dia bukan seorang yang demanding tak bermakna korang tak payah bagi dia apa-apa. Sebab dalam pada tu, diorang tetap mengharapkan sesuatu terutamanya dari orang yang diorang sayang. Bila seseorang wanita tu cemburu, maknanya dia demand perhatian.
Ego – wanita ni pun ada ego juga. Kadang-kadang setahap dengan ego lelaki. Tapi ego wanita ni ada masanya bila dah tercalar…memang susah nak sembuh. Sebab wanita ni ada ‘S’.
Femininity – setiap wanita dilahirkan dengan sifat kewanitaan yang tersendiri. Walau macamana diorang cuba nak ‘mengeraskan’ diri diorang (like in the case of tomboy/pengkid), kalau korang tengok betul-betul akan nampak perbezaannya dengan lelaki. Sekali pandang je dah tau diorang tu sebenarnya wanita. Dari raut wajah…dari lenggok jalan…dari pinggulnya.
Gigih – selembut-lembut wanita, jangan diperlekehkan. Kalau diberi satu ujian yang besar, diorang akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah tu. Contoh terbaik, tengok je para ibu tunggal kita. Ada wanita yang mampu bersaing dalam industri yang dipelopori oleh lelaki semata-mata kerana diorang ada sifat ‘G’ ni.
Haloba – wanita ni dilahirkan dari keturunan Hawa, bermaksud nafsu. Oleh kerana itulah secara semulajadinya wanita ni ada sifat haloba. Apa yang diorang tengok, kalau boleh semuanya diorang nak. Walaupun kadang-kadang benda tu tak perlu, tapi bila sifat haloba ni dah menguasai diri, diorang tetap nak jugak benda tu.
Inquisitive - wanita ni secara semulajadinya memang suka nak ambik tau tentang sesuatu hal. Tak kiralah hal jiran sebelah ke, hal ekonomi ke, harga gula naik ke, dsb. Sebab tu kekadang orang kata wanita ni suka kepoh. Tapi kalau seorang isteri/awek banyak bertanya tentang aktiviti anda, itu maknanya dia sayang. Dia tak nak sesuatu yang tak elok berlaku pada anda. Dan dia suka berada ‘in the know’ daripada dia buat ‘donno’.
Jemu - ini satu sifat wanita yang kurang elok. Mudah jemu. Tapi ini pun bergantung pada sifat ‘H’ yang ada pada diorang. Kalau sifat ‘H’ tu ratingnya tinggi, maka sifat jemu ni pun tinggi la jugak ratingnya. Sifat jemu ni kalau pada benda je tak apa. Contohnya mudah jemu dengan kasut atau baju yang diorang pakai. Tapi kalau melarat kepada orang…susah juga. Nanti dia mudah jemu dengan pak we / tunang / suami. Heh.
Keras hati – wanita boleh menjadi keras hati bila diorang rasa orang yang dipercayai dah mengkhianati kepercayaan diorang. Dan kerana ada ‘E’ maka tahap keras hati diorang ni bergantung pada tahap keegoaan diorang gak la.
Lembut hati – secara semulajadinya, wanita ni lembut hati. Kenapa kadang-kadang diorang jadi ‘keras hati’…sebab diorang nak melindungi hati diorang dari disakiti. Kalau ada yang macam ni, kenalah pandai cari jalan untuk nak lembutkan hati diorang semula. Bak kata pepatah “Hati wanita ni ibarat kerak nasi. Sekeras-keras kerak nasi, kalau direndam dalam air lembut juga akhirnya”.
Malu – wanita memang dilahirkan dengan sifat malu. Dan kerana sifat inilah ramai wanita yang berbakat, berkeupayaan dan berkredibiliti jarang nak menonjolkan diri. Kebanyakannya akan menumpukan perhatian pada kerja je dan memang jarang mereka akan bersuara. Kalau nak mintak apa-apa pun, selalunya diorang akan harapkan lelaki faham-faham sendiri.
No nonsense – wanita mempunyai sifat no-nonsense secara semulajadi. Sebab tu diorang tak suka diperlekehkan dan dipermainkan. Tetapi, disebabkan adanya sifat ‘M’ maka kadang-kadang diorang ni pendamkan aje perasaan diorang. Selalunya kalau wanita diberi sesuatu tugasan, diorang akan buat tugasan tu dengan sepenuh hati, tak de main-main punya.
Obsesif – selalunya bila dah memperoleh sesuatu, wanita ni akan menjadi obsesif dengan apa yang dia peroleh tu. Tak kiralah dari segi barang ke, pak we ke…husband ke…tunang ke… Di sinilah datangnya ‘queen control’ atau sifat cemburu tu. Walaupun dia kata dia tak kisah kalau kehilangan orang tu, pada hakikatnya dia kisah sangat. Cuma dia tak nak cakap je, sebab dia ada ‘M’ dan juga ‘E’.
Penyayang - tiap wanita ada sifat penyayang. Walaupun kita tengok sekarang ni banyak kes buang bayi, yakinlah, tiap wanita yang buang bayi dia tu mesti akan rasa kesal. Tetapi mungkin kerana terdesak maka diorang terpaksa buat macam tu. Disebabkan adanya sifat ni secara semulajadi, wanita ni memang sesuai sangat jadi pendidik & juga jururawat.
Quality - wanita ni mementingkan quality dalam banyak segi. Sebab diorang ada sifat ‘C’ maka diorang akan pastikan pakaian atau barang yang diorang ada tu juga berkualiti. Sampai nak pilih calon suami pun diorang nak yang berkualiti juga. Sebab apa…sebab diorang ada ‘W’. So, janganlah salahkan wanita kalau diorang nak lelaki yang hensem atau kaya je jadi suami. Hahaha. Tapi tak semua macam tu la. Ada juga yang mementingkan quality insaniah – cukup didikan agama, berbudi bahasa, menghormati orang tua, dsb.
Rajuk – oleh sebab diorang ni ada ‘S’ maka wanita ni memang la cepat merajuk. Selalunya wanita ni merajuk pada yang sayang. Sebab dia nak orang tu pujuk dia. Bergantung juga pada sifat ‘E’ yang ada pada seseorang wanita, maka tahap rajuk dia tu berbagai-bagai. Ada yang merajuk sekejap je…ada yang makan masa.
Sensitif - kalau dia tu tak sensitif, bukan wanita sejatilah dia tu. Semua wanita mudah tersentuh hati dan perasaannya. Tetapi, disebabkan ada ‘E’ kadang-kadang diorang tak tunjukkan sifat sensitif ni. Takut kena kutuk pun ye juga.
Tertib – secara semulajadinya, wanita ni dilahirkan bertertib. Walaupun tak pernah diajar, kita akan nampak wanita ni kebanyakannya bertertib di khalayak ramai. Kalau kita tengok ada yang tak bertertib tu, itu mungkin disebabkan sifat ‘H’ dah menguasai diri diorang masa tu.
Unconditional love – selalunya wanita ni bila diorang dah sayang pada seseorang, kasih-sayang diorang tu ‘unconditional’ (tak bersyarat). Tak kiralah samada lelaki tu hensem ke tak hensem ke, kaya ke tak kaya ke…bila diorang dah tangkap sayang…memang diorang akan sayang lelaki tu sampai mati.
Very understanding - wanita memang mudah memahami perasaan orang lain. Disebabkan diorang ada sensitivity yang tinggi, maka diorang ni mudah peka dengan apa yang orang lain rasa. Sekilas tengok wajah orang je, diorang dah tau orang tu sedang bermasalah atau sedang gembira atau sedang memikirkan sesuatu. Ada sesetengah wanita yang tahap understandingnya terlalu tinggi sampai kadang-kadang macam ada kuasa psikik pulak…boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang lain, terutamanya orang yang rapat dengan diorang. Disebabkan adanya sifat ‘V’ ni maka wanita ni pun sangat sesuai menjadi kaunselor.
Wawasan – tak kiralah samada dia tu seorang yang berpendidikan atau tidak, wanita ni selalunya berwawasan jauh. Sebab tu bila ada sesuatu masalah, diorang tak tengok jalan penyelesaian untuk jangka pendek, tapi diorang akan tengok untuk jangka panjang. Kat sini selalunya ada percanggahan dengan kaum lelaki sebab lelaki selalunya suka settle masalah untuk jangka pendek.
X-Factor – tiap wanita ada x-factor yang tersendiri. Ada tu muka tak cun, tapi hatinya sungguh mulia. Ada yang muka cun…idaman setiap jejaka. Ada yang bersaiz kecil (cam aku) tapi berhati waja. Ada yang berbadan besar tetapi penuh dengan kasih-sayang. So lelaki, carilah x-factor dalam diri wanita anda.
Yours – dalam ertikata lain, secara semulajadinya wanita ni adalah seorang yang setia. Bila dia dah tangkap sayang pada orang tu…dia akan setia dengan orang tu sampai bila-bila. Biarpun bercerai badan, namun hati diorang tetap pada yang itu juga.
Zealous – oleh kerana wanita ni seorang yang setia, maka diorang ni sanggup buat apa saja untuk orang yang diorang sayang. Kadang-kadang sampai sanggup merendahkan martabat diorang dan membuang ego diorang. Dari segi positifnya, wanita ni akan sentiasa menyokong apa saja yang diusahakan oleh orang yang diorang sayang walau dalam apa cara sekalipun. 
Dah baca? Klu sudi, Like la...huhu..^_^

0 suRat saMaN: